Agensi perisikan Korea Selatan keluar amaran perjalanan ke luar negara


Agensi perisikan Korea Selatan mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat negara itu yang melancong atau tinggal di luar negara. – Gambar EPA, 8 Januari, 2024.

AGENSI perisikan Korea Selatan pada Isnin mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat negara itu yang melancong atau tinggal di luar negara dengan memetik potensi ancaman serangan pengganas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) mengeluarkan amaran itu, merujuk insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas dan kejadian tikam seorang pelancong di Paris yang kedua-duanya berlaku pada Disember.

Las Vegas dan Paris adalah antara destinasi popular bagi pelancong Korea Selatan.

Dua lelaki Korea Selatan berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an dibebaskan hujung bulan lepas, 17 hari selepas diculik oleh kumpulan bersenjata di Nigeria pada 12 Disember. – Bernama, 8 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen