TIMBALAN Perdana Menteri Kosovo bagi Integrasi Eropah Besnik Bislimi semalam mengumumkan Sepanyol kini mengiktiraf pasport Kosovo.
“Berita baik untuk rakyat dan negara kita. Sepanyol ditambah kepada destinasi bagi kawasan Schengen…,” kata Bislimi di media sosial, lapor Agensi Anadolu.
Mulai 1 Januari sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, rakyat Kosovo boleh mengembara ke kawasan Schengen tanpa visa.
Pengisytiharan kemerdekaan sepihak Kosovo daripada Serbia pada 2008 sebelum ini tidak diiktiraf lima ahli Kesatuan Eropah (EU) iaitu Sepanyol, Greece, Romania, Slovakia dan Pentadbiran Cyprus Yunani Cyprus Selatan. – Bernama, 7 Januari, 2024.
Komen