Tangguh Padu sehingga akta data peribadi dipinda, gesa kumpulan peguam


Ravin Palanisamy

Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek langkah itu perlu susulan terdapat kebimbangan mengenai perlindungan dan keselamatan data yang dikumpul. – Gambar Facebook, 4 Januari, 2024.

PELAKSANAAN Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) perlu ditangguhkan sehingga Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) dipinda, gesa kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarahnya Zaid Malek berkata kerajaan perlu berbuat demikian susulan terdapat kebimbangan mengenai perlindungan dan keselamatan data yang dikumpul.

Langkah itu itu juga katanya, bagi memastikan kerajaan dan agensi terlibat bertanggungjawab ke atas perlindungan dan keselamatan data yang dikumpul.

“Seksyen 3(1) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 mengecualikan kerajaan daripada penggunaannya, bermakna data yang dikumpul oleh Padu boleh disebar atau digunakan oleh kerajaan di luar tujuan yang diisytiharkan sebagai subsidi bersasar.

“Terdapat kes penyalahgunaan data oleh kerajaan sebelum ini, di mana data peribadi digunakan untuk menyebar propaganda melalui SMS kepada orang ramai,” kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, terdapat juga kebimbangan bahawa data yang dikumpul melalui sistem Padu digunakan untuk tujuan politik. – 4 Januari, 2024.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen