Jepun rekod 29 gempa bumi dalam 2 jam


Orang ramai berdiri di sebelah jalan raya yang retak di bandar Wajima, wilayah Ishikawa gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa petang tadi. – Gambar AFP, 1 Januari, 2024.

SEBANYAK 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.

Gegaran bawah tanah bermula pada 4.06 petang waktu tempatan.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata sekurang-kurangnya enam rumah runtuh akibat aktiviti seismik.

“Setakat ini, enam bangunan runtuh dengan kemungkinan ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata Hayashi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memiliki sebarang maklumat mengenai penduduk yang cedera.

Apabila diminta mengulas laporan media Jepun mengenai runtuhan kira-kira 100 bangunan, Hayashi berkata kerajaan Jepun sedang mengesahkan maklumat berkenaan. – Bernama, 1 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen