Kemboja lapor 4 kes baharu varian JN.1


Kemboja mengesahkan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1. – Gambar EPA, 30 Disember, 2023.

KEMBOJA mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

“Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Disember mengesahkan empat orang didapati positif Covid-19 varian JN.1

“Kesemua pesakit menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Varian Covid-19 JN.1 diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “varian mempunyai kepentingan” bukan “varian yang membimbangkan”.

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap “berisiko rendah” untuk kesihatan awam, menurut WHO. – Bernama, 30 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen