PULUHAN ribu penduduk di Selatan Thailand terjejas akibat banjir susulan hujan lebat, kata pegawai hari ini.
Bencana itu turut menyebabkan sebahagian jalan dan landasan kereta api terpaksa ditutup.
Sekurang-kurangnya 12 sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat turut ditutup, manakala rakaman video dari udara di wilayah itu menunjukkan rumah serta kedai ditenggelami air keruh manakala penduduk terpaksa berlindung di tingkat atas.
Hujan lebat juga menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh bot karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman sejak Jumaat lalu.
Syarikat kereta api Thailand memaklumkan penutuoan landasan menyebabkan perkhidmatan kereta api yang menuju selatan ke sempadan Malaysia terpaksa berhenti di Yala, yang terletak kira-kira 100km jaraknya.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di wilayah tersebut supaya bersedia untuk berpindah sekiranya banjir semakin buruk. – AFP, 25 Disember, 2023.
Komen