Presiden Sri Lanka beri pengampunan 1,004 banduan sempena Krismas


Pejabat Presiden Sri Lanka di Colombo dihisai lampu lampu warna-warni sempena menyambut Hari Krismas. – Gambar EPA, 24 Disember, 2023.

PRESIDEN Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas, kata jurucakap Jabatan Penjara Gamini B. Dissanayake pada Ahad, lapor Xinhua.

Dissanayake berkata banduan itu terdiri 989 lelaki dan 15 perempuan.

Mereka akan dibebaskan pada 25 Disember. – Bernama, 24 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen