Perkhidmatan feri antara India dan Sri Lanka dilancarkan


Perkhidmatan feri yang dilancarkan pada Sabtu akan menghubungkan Nagapattinam di negeri Tamil Nadu, India dengan Kankesanthurai di Sri Lanka. – Gambar Facebook, 14 Oktober, 2023.

PERKHIDMATAN feri yang menghubungkan selatan India dan utara Sri Lanka dilancarkan pada Sabtu, dengan kedua-dua negara itu menyifatkannya sebagai babak baharu dalam hubungan mereka.

Perkhidmatan feri ini menghubungkan Nagapattinam di negeri Tamil Nadu, India dengan Kankesanthurai di Sri Lanka.

Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata perkhidmatan feri itu akan mempromosi perdagangan dan hubungan budaya.

“Perkhidmatan feri itu adalah langkah penting dalam meningkatkan kesalinghubungan antara India dan Sri Lanka,” katanya.

Beliau berkata kesalinghubungan antara kedua-dua negara terganggu akibat perang di utara Sri Lanka dan kini dipulihkan semula setelah situasi di kawasan itu kembali aman, kata Wickremesinghe.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata kedua-dua negara juga sedang menjalin kerjasama dalam bidang kewangan dengan menghubungkan Unified Payments Interface (UPI) dan sistem pembayaran digital Lanka Pay sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kerjasama. – Bernama, 14 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen