Kes jangkitan Covid-19 global melonjak 52% dalam tempoh 28 hari, kata WHO


Kes Covid-19 di seluruh dunia meningkat 52 peratus dalam tempoh 28 hari berbanding tempoh sama sebelumnya. – Gambar AFP, 23 Disember, 2023.

BILANGAN kes Covid-19 di seluruh dunia meningkat 52 peratus dalam tempoh 28 hari berbanding tempoh sama sebelumnya, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Secara global bilangan kes baharu meningkat sebanyak 52 peratus dalam tempoh 28 hari iaitu dari 20 November hingga 17 Disember 2023 dengan lebih 850,000 kes baharu dilaporkan,” menurut WHO dalam laporan mingguannya pada Jumaat.

Lebih 3,000 orang maut akibat jangkitan Covid-19 dengan angka kematian sekitar lapan peratus lebih rendah bagi tempoh 28 hari sebelumnya.

Sehingga 17 Disember lebih 772 juta kes Covid-19 direkodkan dan lebih tujuh juta kematian dilaporkan kepada WHO di seluruh dunia. – Bernama, 23 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen