Bekas ketua pendakwa kes Zahid dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman


Raja Rozela Raja Toran mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara, hari ini. – Gambar tangkap layar video Badan Kehakiman Malaysia, 8 Disember, 2023.

BEKAS pengarah Unit Litigasi Khas, Jabatan Peguam Negara (AGC) Raja Rozela Raja Toran dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Beliau antara sembilan pesuruhjaya yang menerima surat lantikan dari Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada satu majlis, hari ini.

Raja Rozela yang bersara pada Oktober menangkat sumpah di hadapan Hakim Besar Malaya Zabidin Diah kerana akan bertugas di Semenanjung.

Sebelum ini Raja Rozela mengetuai pasukan pendakwaan bagi perbicaan dua kes rasuah presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Began Datuk.

Beliau menyertai AGC sejak 1991.

Pesuruhjaya kehakiman lain yang dilantik adalah bekas peguam Arziah Apandi yang juga anak bekas peguam negara- Apandi Ali; Hazizah Kassim, Kan Weng Hin, Rosli Yusoff, Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Hashim serta peguam Saiful Azian Mokhtar dan Maslinda @ Linsa Ainal dari bahagian penasihat AGC.

Maslinda dan Saiful mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli kerana mereka akan bertugas di wilayah itu.

Turut hadir Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh, Apandi dan bekas ketua hakim Raus Sharif, yang merupakan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. – 8 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen