Kanada bakal beli 16 pesawat pengintip Boeing


Pesawat P-8A Poseidon yang digunakan oleh perikatan perisikan Five Eyes akan menelan kos AS$7.7 bilion. – Gambar EPA, 31 November, 2023.

KANADA akan membeli 16 pesawat pengintip daripada Boeing, kata pegawai hari ini.

Pesawat P-8A Poseidon yang digunakan oleh perikatan perisikan Five Eyes akan menelan kos AS$7.7 bilion.

Ia dijangka akan dihantar bermula 2026 dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2033 menggantikan pesawat peronda maritim CP-140 Aurora Kanada semasa yang berkhidmat selama lebih 40 tahun dan akan menamatkan operasi pada 2030.

Menteri Pertahanan Bill Blair memberitahu sidang akhbar Aurora menjalankan tugasnya dengan baik.

Tetapi tambahnya musuh menggunakan keupayaan yang semakin canggih oleh itu Aurora mesti diganti untuk berdepan ancaman tersebut.

Pesawat baharu itu katanya akan ditugaskan untuk mengesan penangkapan ikan haram, pengedaran dadah, dan pencemaran di sepanjang garis pantai terpanjang di dunia serta memburu kapal selam serta kapal di Artik dan dalam misi luar negara. – AFP, 31 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen