Boeing sertai kajian hasilkan bahan api lestari di Asia Tenggara 


Boeing mengumumkan bahawa syarikat itu dan persidangan Meja Bulat Biobahan Lestari di Asia Tenggara. – Gambar AFP, 3 Jun, 2023.

BOEING pada Khamis mengumumkan bahawa syarikat itu dan persidangan Meja Bulat Biobahan Lestari (RSB) akan menjalankan kajian bersama bagi skala pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) di Asia Tenggara, lapor Xinhua.

SAF akan memainkan peranan penting dalam membolehkan pertumbuhan mampan serta memenuhi matlamat penerbangan komersial untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, menurut Boeing.

SAF mempunyai potensi mengurangkan pelepasan karbon sepanjang kitaran hayat bahan api sehingga 80% berbanding bahan api jet petroleum.

Walaupun bekalan SAF global semasa menyumbang hanya sekitar 0.1% daripada penggunaan bahan api jet, rantau Asia-Pasifik boleh memainkan peranan penting dalam pengeluaran SAF dengan potensi 40% daripada bekalan bahan mentah global, menurut Boeing.

Fasa satu kajian akan menilai sama ada pengeluaran SAF boleh menjamin ketersediaan di Asia Tenggara berdasarkan bekalan bahan mentah di seluruh rantau ini. 

Penemuan dan cadangan akan diterbitkan pada suku pertama 2024. – Bernama, 3 Jun, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen