Ambil kira maklum balas KLSP2040, kata kumpulan penduduk


Noel Achariam

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 diluluskan pada 4 Oktober dan diwartakan pada 19 Oktober, ia menggariskan pelan pembangunan sehingga 2040. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2023.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempertimbangkan cadangan dan maklum balas terhadap Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (KLSP 2040) yang sudah diwartakan, kata kumpulan penduduk.

Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur (SKL) M. Ali berkata mereka pernah bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh pada 14 November lalu untuk membincangkan cadangan yang diberikan mereka kepada KLSP.

“Kami mempunyai salinan cetak KLPS. Kami sedang menelitit maklum balas diberikan DBKL.

“Ini adalah berdasarkan hantaran (cadangan) asal kami.

“Sebelum ini kami sudah bertemu dengan DBKL dan membangkitkan beberapa kelemahan, kebimbangan dan pembetulan yang perlu dibuat sebelum ia diwartakan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

KLSP2040 menggariskan pelan pembangunan ibu kota untuk 20 tahun akan datang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah meluluskan KLSP2040 dengan kerajaan mengambil kira beberapa cadangan dikemukan pelbagai kumpulan masyarakat sivil ke dalam pelan akhir.

Pelan struktur itu diluluskan pada 4 Oktober dan diwartakan pada 19 Oktober.pel

Semasa pengumuman pewartaan pelan struktur itu, Setiausaha Politik Anwar Azman Abidin berkata terdapat lebih 1,000 bantahan dan cadangan daripada pelbagai kumpulan sivil ke atas KLSP dan kerajaan meneliti dan memasukkan sebilangannya ke dalam pelan akhir.

Ali berkata mereka sedang meneliti dokumen berkenaan untuk melihat samada cadangan mereka diterapkan atau perubahan dibuat.

“Sekalipun ia sudah diwartakan, jika ada kelemahan kami akan bangkitkan.

“Kami berharap untuk menghabiskan penelitian dokumen ini dalam beberapa minggu lagi dan kami juga akan membentangkan maklum balas kami sekiranya ada.

“Jika mereka tak terima, mereka perlu beri sebab munasabah.

Tambahnya, pada 2018 ketika pentadbiran Khalis Samad sebagai menteri Wilayah Persekutuan, beliau menandatangani Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

“Terdapat 273 pelanggaran yang wujud dan dibangkitkan oleh kami dan awam.

“Kemudian mereka (DBKL) buat pindaan. Begitulah sepatutnya prosesnya.” – 26 November, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen