Rundingan butiran jeda kemanusiaan berjalan lancar, kata Qatar 


QATAR pada Isnin berkata rundingan dengan Mesir mengenai butiran jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza berjalan lancar, lapor Agensi Anadolu.

Perjanjian jeda kemanusiaan itu dicapai hasil pengantaraan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Qatar Majed Al Ansari dalam kenyataan di X berkata pengumuman mengenai permulaan perjanjian itu dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Beliau berkata rundingan dengan Israel dan Hamas serta Mesir dan AS sedang dijalankan bagi memastikan pelaksanaan segera perjanjian itu dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memastikan komitmen kedua-dua pihak.

Jumlah korban dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 14,532, termasuk 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, menurut pejabat media di Gaza pada Rabu. – Bernama, 23 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen