3 pusat mengundi PRK Jepak ditutup awal


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi yang direkod setakat jam 3 petang bagi PRK DUN Jepak adalah sebanyak 45%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2023.

TIGA daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal pada jam 4 petang.

Menurut warta kerajaan Persekutuan bagi notis di bawah Subperaturan 11(5A) waktu mengundi bagi PRK DUN Jepak, tiga pusat mengundi itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, SK Sungai Setulan dan Tabika Kemas Kuala Segan.

Baki 11 lagi pusat pengundian akan ditutup pada jam 5.30 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi yang direkod setakat jam 3 petang adalah sebanyak 45%.

PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing. – Bernama, 4 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen