Rakyat Kazakhstan mula mengundi pada Pilihan Raya Presiden


Pusat undi dibuka di kebanyakan wilayah di Kazakhstan setakat 7 pagi waktu Astana (01:00 GMT). – Gambar EPA, 20 November, 2022.

PUSAT mengundi bagi Pilihan Raya Presiden di Kazakhstan dibuka seluruh negara, lapor Sputnik memetik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Mukhtar Yerman.

“Menurut data terkini yang disediakan suruhanjaya serantau bandar Almaty, Shymkent dan Astana pengundian bermula di semua 10,033 pusat mengundi di seluruh negara dan 17 pusat mengundi di pejabat perwakilan Kazakhstan di luar negara,” Yerman berkata ketika sesi taklimat media pada pagi Ahad.

Sebanyak 51 lagi pusat mengundi di luar negara akan dibuka kerana mengambil kira perbezaan zon waktu.

Pusat mengundi dibuka di kebanyakan wilayah di Kazakhstan setakat 7 pagi waktu Astana (01:00 GMT).

Pengundian ditutup jam 8 malam hari yang sama.

Di wilayah barat, pusat mengundi akan ditutup sejam kemudian akibat perbezaan waktu.

Sebanyak enam calon bertanding merebut jawatan presiden termasuk penyandang presiden.

Pilihan raya itu merupakan pilihan raya kali pertama sejak 33 pindaan bagi Perlembagaan Kazakhstan diluluskan dalam referendum pada Mac lalu.

Pindaan itu dibuat selepas protes besar-besaran pada Januari disebabkan kenaikan harga gas dua kali ganda berbanding sebelum ini. – Bernama, 20 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen