KEMENTERIAN Sumber Manusia menggesa pekerja MYAirline Sdn Bhd memfailkan tuntutan baki gaji mereka di Jabatan Tenaga Kerja terhadap syarikat penerbangan tersebut.
Kementerian itu berkata pihaknya prihatin dengan situasi yang dihadapi kakitangan MyAirlines selepas penggantungan operasi syarikat itu secara mengejut sejak 12 Oktober lalu.
Kementerian juga mengadakan pertemuan pada 16 Oktober hingga 31 Oktober dengan seramai 123 pekerja yang memfailkan tuntutan gaji mereka di Jabatan Tenaga Buruh.
“Prosedur ini adalah perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan perundangan sedia
ada.
“KSM bersama jabatan tenaga kerja akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Semalam Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menggantung lesen perkhidmatan udara (ASL) MYAirline berkuat kuasa serta-merta.
Mavcom berkata keputusan itu dibuat berikutan kegagalan MYAirline mematuhi syarat ASLnya dan penggantungan operasi mengejutnya pada 12 Oktober tahun ini.
Mavcom berkata dalam satu kenyataan ia mendapati representasi syarikat penerbangan itu tidak memuaskan.
Dianggarkan 117,000 penumpang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline dengan jumlah nilai jualan hadapan lebih RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024. – 2 November, 2023.
Komen