PERTUBUHAN Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) semalam mengisytiharkan ibu negara Venezuela iaitu Caracas sebagai “Bandaraya Kreatif Muzik”, lapor Xinhua.
Sempena Hari Bandar Sedunia yang disambut semalam tahun ini sebanyak 55 bandar dipilih menyertai Rangkaian Bandar Kreatif, menurut Unesco dalam satu kenyataan.
Bandar-bandar baharu ini “diiktiraf kerana komitmen mereka dalam menjadikan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan dan mempamerkan amalan inovatif dalam perancangan bandar”.
Pada Julai Datuk Bandar Caracas, Carmen Melendez berkata bahawa kerajaan memohon pengiktirafan Unesco sempena ulang tahun ke-456 bandar itu. – Bernama, 1 November 2023.
Komen