Angka kematian Taufan Otis di Mexico meningkat kepada 43 orang


Otis, ribut kategori lima membadai pantai Pasifik di Guerrero pada Rabu menyebabkan kerosakan teruk terutamanya kawasan di pantai Acapulco, satu daripada destinasi pelancongan utama Mexico. – Gambar AFP, 30 Oktober, 2023.

ANGKA kematian akibat Taufan Otis di Guerrero, selatan Mexico meningkat kepada 43 orang dengan 36 lagi masih hilang, kata Gabenor Guerrero Evelyn Salgado semalam, lapor Xinhua.

Otis, ribut kategori lima membadai pantai Pasifik di Guerrero pada Rabu menyebabkan kerosakan teruk terutamanya kawasan di pantai Acapulco, satu daripada destinasi pelancongan utama Mexico.

Sementara itu Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata Suruhanjaya Elektrik Persekutuan membaik pulih 3,211 tiang elektrik daripada 10,000 yang tumbang di pelabuhan Acapulco sahaja.

Beliau menjangkakan bekalan elektrik di Acapulco akan pulih sepenuhnya menjelang malam Isnin. – Bernama, 30 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen