PM Thailand lawat Laos bagi kukuhkan hubungan negara


Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan Sonexay Siphandone semasa lawatan ke Laos. – Gambar EPA, 27 Oktober, 2023.

PERDANA Menteri Thailand Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Laos Isnin depan (30 Oktober).

“Lawatan rasmi itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama erat serta menekankan Perkongsian Strategik bagi Pertumbuhan dan Pembangunan Mampan antara Thailand dan Laos,” kata Jurucakap Kerajaan Chai Wacharonke dalam satu kenyataan.

Srettha juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone semasa lawatan itu.

“Perdana menteri dijadual mempengerusikan majlis perasmian Stesen Kereta Api Vientiane (Khamsavath). Stesen kereta api itu adalah projek kerjasama antara dua kerajaan melalui Agensi Kerjasama Pembangunan Ekonomi Negara Jiran (NEDA),” katanya.

Srettha juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Laos yang juga setiausaha agung Parti Revolusi Rakyat, Dr Thongloun Sisoulith dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos, Xaysompone Phomvihan. – Bernama, 27 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen