Polis Myanmar rampas dadah bernilai lebih AS$381 juta


Setakat 23 Oktober tahun ini polis Myanmar telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih AS$381 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2023.

POLIS Myanmar merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih AS$381 juta setakat 23 Oktober tahun ini, menurut mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC).

Mesyuarat pertama CCDAC untuk tahun 2023 yang berlangsung di Nay Pyi Taw semalam itu dihadiri oleh Pengerusi CCDAC yang juga Menteri Kesatuan Hal Ehwal Dalam Negeri Lt-Gen Yar Pyae, lapor Xinhua memetik akhbar milik kerajaan The Mirror hari ini.

Beliau berkata penyeludupan dadah itu berkait rapat dengan jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata serta pengubahan wang haram yang menjejaskan kestabilan serantau.

Myanmar menjalin kerjasama erat dengan pelbagai negara atau pertubuhan dalam pelbagai aktiviti antidadah, katanya.

Menurut laporan itu dadah yang dirampas termasuk candu, heroin, tablet perangsang, methamphetamine, Ketamin, pil ekstasi dan Happy Water. – Bernama, 27 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen