Teguran Sarawak terhadap Putrajaya perkara biasa, kata penganalisis politik


Desmond Davidson

Penganalisis politik berkata teguran Sarawak terhadap Putrajaya baru-baru ini dalam beberapa isu bukan petunjuk hubungan tidak baik antara mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2023.

TEGURAN Sarawak baru-baru ini terhadap Putrajaya dalam beberapa isu bukan petunjuk hubungan tidak baik antara Petra Jaya dan Putrajaya, kata penganalisis politik.

Mereka berkata norma itu sudah dijangka dan ia juga hasil daripada pakatan pemerintah Sarawak.

Itu kerana hubungan antara gabungan pemerintah Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sesiapa sahaja yang berkuasa di Putrajaya adalah kebanyakannya berunsur kewangan, kata pakar tadbir urus Asia Universiti Tasmania James Chin memberitahu The Malaysian Insight.

Beliau berkata ia berlaku sejak 2018.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini Sarawak secara terbuka memberitahu Putrajaya supaya melepaskan perjanjian hak karbon negeri itu.

Ia juga menuduh kerajaan persekutuan “sabotaj” negeri itu dalam laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Chin berkata Sarawak dan kemudian Sabah mengambil kesempatan daripada kerajaan pusat yang lemah untuk membuat beberapa siri tuntutan sebagai balasan atas sokongan mereka untuk mengekalkan kerajaan hari ini.

Beliau merujuk kepada peralihan seismik dalam landskap politik negara dengan kehancuran Barisan Nasional (BN) yang kehilangan kuasa pada pilihan raya umum 2018.

Tiada satu parti atau gabungan di semenanjung yang cukup kuat untuk memerintah sendiri sejak itu sehingga memerlukan sokongan daripada parti di wilayah Borneo.

“Jika Sarawak dan Sabah mendapat apa yang mereka minta, maka mereka akan memberikan sokongan mereka sebagai balasan. Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu, maka mereka mungkin menafikan sokongan itu untuk memaksa mereka (kerajaan persekutuan) ke meja rundingan.

“Pada asasnya Sarawak dan Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang akan memenuhi kebanyakan tuntutan mereka.

“Mereka benar-benar tidak kisah siapa yang bertanggungjawab di Putrajaya,” kata Chin.

Premier Sarawak Abang Johari Openg baru-baru ini mendedahkan terdapat pihak tertentu yang ingin ‘merampas’ kuasa berkenaan hak karbon daripada Kerajaan Sarawak.

Abang Johari tidak mendedahkan nama pihak berkenaan tetapi beliau memberikan petunjuk bahawa ia adalah Putrajaya.

Kemudian Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Idris Buang menuduh kerajaan perpaduan Pakatan Harapan pimpinan PKR “mensabotaj” negeri itu dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 September lepas. – 22 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen