Shafee akan keluar kenyataan dakwaan bayaran RM9.5 juta


Yasmin Ramlan

Muhammad Shafee Abdullah berkata akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan menerima bayaran RM9.5 juta daripada perdana menteri ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Jun, 2017.

PENDAKWA RAYA Muhammad Shafee Abdullah akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pendedahan bayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri Najib Razak kepadanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila kenyataan itu akan dikeluarkan.

“Saya akan keluarkan kenyataan media, bukan hari ini,” katanya sambil bergegas masuk ke dalam kereta apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai dakwaan RM9.5 juta itu di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta sebentar tadi.

Beliau yang sedang bercakap di telefon dikejar pemberita yang kemudiannya bergesa masuk ke dalam kereta berwarna putih di depan mahkamah bersama seorang wanita berbangsa asing yang menunggunya.

Pada 31 Mei lepas, Sarawak Report melaporkan yang peguam Umno itu, ketua pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar, dibayar RM9.5 juta yang disalurkan terus daripada akaun Najib yang berpunca daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  – 9 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen