Tanah Melayu dan Palestin


Hishamuddin Rais

Perang Israel-Palestin berterusan sejak negara Zionis Israel ditubuhkan pada 14 Mei 1948. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2023.

SAYA tunda dulu kisah Anwar Ibrahim tak ambil gaji bulanan. Tangguh dulu kisah dan peranan cukong dan oligarki dalam politik Malaysia. Saya  tidak jujur pada diri saya jika saya tidak menulis tentang Palestin dan Gaza.

“Pada tahun 1937 beliau telah menerbitkan sebuah majalah bernama Taman Bahagia. Majalah ini banyak mengutarakan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh British melalui pembentukan negara Israel.

“Hanya kira-kira satu jam selepas majalah itu diterbitkan, Burhanuddin ditahan oleh pihak British. Kemudian beliau berjaya diikat jamin oleh ahli keluarga al-Saggoff dengan bayaran sebanyak $1,000 bersamaan RM3.074.”

Potongan di atas saya kutip dari Zine Dari Johor #10/2022.

Sejarah merakam seawal tahun 1937 lagi diwujudkan bahan pencerahan tentang Palestin dan Israel kepada Bani Melayu.

Burhanuddin yang dimaksudkan ialah Burhanuddin Al-Helmy, anak kelahiran Changkat Tualang Perak.

Sosok ini bersama  Ishak Haji Muhamad dan Ibrahim Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.

Sosok ini juga menubuhkan parti nasionalis Melayu pertama diberi nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada 17 Oktober 1945.

Sosok terdidik dalam bidang Islam dan perubatan homeopati adalah juga seorang Nasionalis Melayu yang progresif.

Sosok ini menjadi penasihat Parti Rakyat dan juga pemimpin Parti Islam  PAS.

Malah pernah beraktiviti di Palestin untuk memahami lebih dekat tentang bagaimana Palestin diwujudkan oleh kolonial Inggeris melalui Deklarasi Balfour 1917.

Melalui Deklarasi ini kolonial Inggeris menyokong dan mengajukan agar negara Israel ditubuhkan di Palestin untuk Yahudi. Ketika ini Palestin di bawah kuasa Ottoman.

Apa yang hendak saya jelaskan di sini ialah perjuangan Palestin ini bukan satu yang baru untuk Bani Melayu.

Malah ada sosok Melayu yang dikenali sebagai Sulaiman Palestin yang pernah jadi calon menentang Hussein Onn Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1978 .

Sir Henry Gurney wakil Baginda Queen yang ditembak mati oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya pada 6 Oktober 1951 di jalan ke Bukit Fraser.

Henry Gurney seorang soldadu pegawai kolonial sebelum bertugas di Tanah Melayu pernah berlatih mengawal dan membunuh warga Arab di Palestin.

Terbukti, Palestin dan Tanah Melayu memiliki sejarah yang sama. Dua negara ini menjadi tanah  jajahan Inggeris.

Hari ini Palestin dan Gaza bergolak lagi. Isu Palestin ini tidak pernah padam-padam.

Semenjak negara Zionis Israel ditubuhkan pada 14 Mei 1948 perang berterusan. Perang tak henti ini mengancam wilayah Timur Tengah dan juga mengancam dunia.

Fakta sejarah merakamkan bahawa memang ada Yahudi yang tinggal di Palestin pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua.

Yahudi ketika itu adalah bangsa  minoriti yang hidup aman damai dengan majoriti  masyarakat Arab Palestin.

Setelah selesai Perang Dunia Kedua semua berubah.

Sejarah merakamkan bagaimana pada 9 Mei 1948 telah dijalankan program pembunuhan beramai-ramai orang kampung di Dier Yassin.

Seramai 107 kecil besar tua muda Arab Palestin telah dibunuh oleh Irgun – pasukan pengganas Yahudi.

Pembunuh di kampung-kampung lain juga berlaku. Ini dalam usaha untuk membersih Palestin dari warga Arab. Yang sempat dibunuh, dibunuh.

Yang sempat lari melarikan diri. Dari sini bermula perang Arab-Yahudi yang tidak selesai hingga ke hari ini.

Warga Palestin dibunuh, tanah dan kampung halaman mereka dirampas. Arab Palestin menjadi orang pelarian mencari perlindungan di Lebanon, Syria dan Jordan.

Hukum alam tetap  berlaku – sebanyak mana penindasan sebanyak itulah perlawanan. Yang ditindas yang ditekan pasti akan bangun melawan.

Negara-negara Arab semuanya  tidak menerima kemunculan Israel di wilayah mereka. Perang Pertama meletus pada tahun 1948, Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967, Perang Pergeseran 1969-1970, Perang Ramadan Oktober 1973 dan Perang Lebanon 1982.

Setiap kali perang berlaku Israel merampas lebih luas wilayah. Hingga ke tahun 2023 ini Israel masih tidak memiliki batu sempadan yang tetap.

Setiap kali perang semakin banyak kota dan desa menjadi milik Yahudi Israel. Semakin ramai warga Palestin  menjadi pelarian perang.

Bandar Baitulmuqaddis di Tebing Barat – di mana Masjid Al-Aqsa berdiri telah jatuh ke tangan Israel pada Perang 1967.

Pada tahun 1980 Keneset – parlimen Israel – telah mengumumkan bandar ini sebagai ibu kota Israel.

Kerajaan Amerika pada 6 Disember 2017 di bawah Donald Trump telah mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Pengumuman ini membawa bentrokan yang berterusan. Ini kerana kota ini dianggap suci oleh penganut agama Islam. Kiblat pertama Islam ialah ke Masjid Al-Aqsa.

Tidak pernah ada hari damai dalam negara yang dipanggil Israel. Ada saja rumah Palestin atau tanah ladang mereka dirampas.

Ada saja anak muda Palestin ditembak mati. Pelbagai helah dan rancangan diajukan untuk memastikan dasar Zionis dapat dijalankan di Palestin.

Apa dia dasar Zionis ini?

Dasar Zionis cukup mudah. Kaum Zionis mahu  mendirikan Israel sebagai Negara Yahudi.

Yahudi di serata dunia boleh pindah ke Israel untuk menjadi warga negara. Pendatang baru berasal  dari Eropah kini menjadi warga negara majoriti di Israel.

Dalam Perang Dunia Kedua Hitler telah membunuh Yahudi. Di Jerman – ekonomi Jerman dikawal dan dimiliki oleh Yahudi.

Justeru dengan Parti Nazi Hitler telah membantai Yahudi di mana sahaja ditemui.

Satelah tamat perang maka di sinilah masuknya jarum Zionis. Kaum Zionis telah menggunakan  rasa bersalah Eropah yang membenarkan Hitler membantai Yahudi. Dihebohkan bahawa enam juta Yahudi telah dibunuh oleh  Nazi.

Holocaust – pembunuhan Yahudi beramai-ramai menjadi kempen kaum Zionis. Saban hari, saban tahun setiap detik kaum Zionis mengingatkan dunia tentang Nazi Hitler dan Holocaust.

Justeru negar-negara Eropah menyokong penubuhan negara Israel atas bumi Palestin.

Ini dahulu. Bagaimana sekarang?

Keganasan, penindasan dan kezaliman ke atas Palestin berjalan tanpa henti. Malah bekas Presiden Amerika Jimmy Carter telah menyifatkan Israel negara aparteid.

Israel hari ini mengamalkan dasar rasis  yang ekstrem – satu undang-undang untuk Yahudi satu yang lain untuk Arab Palestin.

Kawasan dan wilayah Arab dipagari dengan kawat berduri dan tembok dibina untuk memastikan Palestin dan Israel tidak bertemu.

Semua dijalankan atas nama keselamatan. Arab Palestin – besar kecil tua muda semua dianggap pengganas yang wajib dijimatkan sebelum mereka sempat mengganas.

Apakah masyarakat dunia – negara-negara dunia tidak melihat semua ini. Amat jelas dan amat terang bahawa yang mengganas saban hari ialah Zionis Israel.

Ada penindasan pasti ada perlawanan.

Muncul Parti Hamas. Parti ini telah menang pilihan raya di Gaza. Hamas menewaskan Fatah pada tahun 2005.

Pada tahun 2007 Zionis Israel telah mengepung dan menjalankan sekatan ke atas Gaza.

Semenanjung ini menjadi penjara kepada lebih dari dua juta warga Arab Palestin.  

Gaza adalah penjara terbesar dalam dunia.

Siapa keluar dan siapa masuk ke Gaza wajib mendapat kebenaran dari Israel.

Keluar masuk menjadi susah dan hampir mustahil. Israel mengawal barang masuk dari darat dan laut.

Nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan di pesisir pantai tidak ke laut dalam.

Lawan pasti melawan.

Justeru warga Gaza membuat lubang tikus dan terowong untuk menyeludup dari wilayah padang pasir Sinai sempadan dengan Mesir.

Walau pun dalam kepungan dan sekatan warga Gaza masih berupaya melawan. Senjata masuk melalui terowong bawah tanah.  

Beberapa kali Israel telah mengebom musnah rumah dan bangunan di Gaza. Beribu-ribu Arab Palestin terbunuh. Beribu-ribu cedera. Beratus-ratus bangunan dan rumah runtuh musnah.

Pelawaan masih diteruskan. Inilah Semangat Gaza. Inilah perjuangan Parti Hamas.

Ketika saya menulis ini kereta kebal, meriam dan soldadu bala tentera Zionis Israel sedang berkampung di sempadan Semenanjung Gaza.

Pada subuh 7 Oktober 2023 gerila pembebasan Palestin dari Parti Hamas masuk menyerang Israel.

Ini bukan kali pertama Hamas menyerang Israel tapi kali ini memeranjatkan dunia.

Gerila Pembebasan Hamas telah menyerang Israel dari darat laut dan udara. Israel yang klim memiliki sistem risik tercanggih dalam dunia kini tercabut seluar dalam.

Kem tentera Zionis telah diserang. Balai polis telah di serang. Siapa bergerak ditembak mati.  

Dalam masa 20 minit 5,000 roket masuk ke Israel. Sistem pertahanan Israel lungkup.

Kereta kebal meletup hasil kerja dron. Pagar kawat besi diruntuh jentolak.

Gerila Hamas bermotosikal masuk menyerang. Gerila Hamas seperti helang sampai dengan glider.

Soldadu dan orang awam ditawan untuk dijadikan tebusan. Tawanan perang dibawa pulang ke Gaza.

Diberitakan seorang kolonel tentera Israel telah menjadi salah seorang dari ratusan orang awam dan puluhan soldadu yang ditawan.

Dunia gempar melihat kebolehan gerila Hamas. Operasi Taufan Al-Aqsa telah dirancang dengan teliti. Strategi militer yang cekap lagi menakjubkan.

Walaupun dalam penjara terbesar dalam dunia gerila Pembebasan Hamas tetap melawan.

Apa yang berlaku telah menaikkan semangat perjuangan gerila Parti Hezbollah di Lebanon.

Gerila Hezbollah bersetia kawan dengan melancarkan serangan roket dari Selatan Lebanon ke arah Israel.

Sokongan setia kawan juga meledak di dunia. Di Sydney Australia demo menyokong Palestin menjemput ribuan ke jalan raya.

Di New York anak muda dan warga Amerika turun berdemo. Di Tehran dan di Istanbul ribuan demonstran turun bersolidariti dengan Palestin.

Dalam Parlimen Malaysia para YB berbincang menyatakan sokongan terhadap perjuangan adil rakyat Palestin.

Negara-negara dalam dunia menuntut hentikan kepungan dan beri bantuan kemanusiaan pada warga Gaza.

Negara besar seperti China dan Rusia kecuali Jerman dan Perancis, semua negara termasuk Malaysia menyeru agar serang-menyerang dihentikan. Bentrokan jangan dilebarkan.

Tenaga elektrik di Gaza dipadamkan, air di Gaza diputuskan dan bangunan dan rumah diledakkan. Keganasan Zionis Israel sedang disaksikan oleh rakyat dunia.

Ttiba-tiba saya terlihat sidang akhbar Adam Adli dan Rara dalam Youtube.

Angkatan Muda Pakatan Harapan bersama pelbagai NGO akan bersolidariti dengan rakyat Palestin pada Jumaat 13 Oktober 2023.

Lalu saya teringat kembali 50 tahun dahulu pada bulan yang sama. Pada hari yang sama.

Ketika itu sebagai setiausaha agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) saya mengadakan sudut pidato pada pagi Sabtu 13 Oktober.

Saya menghasut anak mahasiswa semua bangsa untuk menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.

Perang Arab -Israel meledak pada 6 Oktober 1973. Ini Perang Ramadan untuk Arab. Perang Yom Kippur untuk Yahudi.

Di akhir Sudut Pidato – lebih 500 orang siswa-siswi Universiti Malaya (UM) turun berdemo anti-Amerika di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dalam bangunan AIA di Jalan Ampang.

Demo mahasiswa penyokong rakyat Palestin dari UM telah diserang oleh gerombolan FRU. Bertempiaran kami lari.

Lima puluh tahun kemudian demo bersetia kawan dengan Palestin akan berjalan sekali lagi. Kali ini bukan di Jalan Ampang tempat Kedutaan Amerika yang baru

Kali ini himpunan lepas Jumaat di Masjid Negara.

Lima puluh tahun dahulu sasaran kami ialah imperialis Amerika Syarikat. Justeru kami dibantai oleh FRU.

Kali ini bukan menggodam Amerika penyokong kuat Zionis Israel. Dalam himpunan kali ini mungkin ada ucapan berapi-api. Mungkin ada doa yang panjang.

Tapi pasti tidak ada serangan dari FRU kerana Amerika Syarikat tidak dijadikan sasaran.

Lima puluh tahun kemudian saya tetap akan bersetia kawan dengan Palestin. Saya menyokong perjuangan yang adil. Tanpa mengira apakah mereka Islam, Hindu, Kristian. Majusi, Nasrani  beragama atau tidak beragama.

Yang wajib kita sokong ialah keadilan. Walaupun ditangkap seperti Burhanuddin pada tahun 1937.

Atau seperti pelajar UM ditembak dengan gas pemedih mata oleh FRU pada 13 Oktober 1973.

Yang wajib kita lawan ialah kezaliman. Tanpa mengira yang zalim itu Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Nasrani yang beragama atau yang tidak beragama.

Selagi ada kezaliman selagi itu ada perlawanan. Amin. – 13 Oktober, 2023.

* Hishamuddin Rais ialah aktivis politik, penulis dan pengarah filem.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen