2 kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini 


57 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 9 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2023.

DUA kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126). 

Sementara itu, 57 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala sembilan kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 11 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen