McCarthy umum tak akan tanding lagi jawatan speaker Dewan Perwakilan AS


Ahli Kongres Kevin McCarthy menjadi speaker pertama yang digulingkan dalam Dewan Perwakilan AS. – Gambar EPA, 4 Oktober, 2023.

AHLI Kongres Kevin McCarthy selepas menjadi speaker pertama yang digulingkan dalam Dewan Perwakilan mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan itu lagi, lapor Sputnik.

“Saya tidak akan bertanding sebagai speaker lagi. Saya akan meminta persidangan itu memilih orang lain,” kata McCarthy petang Selasa.

“Saya tidak akan mengubah apa-apa.”

McCarthy menambah negara itu terlalu hebat untuk cita-cita kecil lapan Republikan yang mengundi bersama Demokrat untuk menggulingkannya.

Beliau berkata beliau akan meneliti keadaan sama ada untuk kekal dalam Kongres. – Bernama, 4 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen