Dewan Perwakilan AS lulus perjanjian siling hutang Biden-McCarthy


Dewan Perwakilan AS meluluskan perjanjian yang dirundingkan oleh Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy pada Rabu dengan undian 314-117. – Gambar AFP, 1 Jun 2023.

DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan perjanjian yang dirundingkan oleh Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy untuk menaikkan had hutang AS sebelum tarikh akhir bayaran hutangnya pada 5 Jun, lapor Sputnik.

Ahli Parlimen meluluskan rang undang-undang (RUU) itu, Akta Tanggungjawab Fiskal, pada Rabu dengan undian 314-117.

RUU itu kini akan dibawa ke Senat yang memperoleh sokongan Ketua Majoriti Chuck Schumer dan Ketua Minoriti Mitch McConnell.

Perjanjian yang dirundingkan oleh Biden dan McCarthy itu akan menaikkan siling hutang AS selama dua tahun sebagai pertukaran kepada pembaharuan fiskal yang terhad, seperti menuntut semula dana pemulihan Covid-19 yang tidak dibelanjakan dan membatalkan beberapa pembiayaan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri. – Bernama, 1 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen