Jangan panik dengan varian baharu Covid, kata pakar


Ravin Palanisamy

Masyarakat umum boleh menjalani kehidupan normal tetapi dinasihatkan mengambil langkah perlu, termasuk kembali memakai pelitup muka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2023.

PAKAR kesihatan menggesa masyarakat awam supaya tidak bimbang dengan varian baharu BA.2.86 Covid-19, yang mencetuskan lonjakan kes baharu wabak itu di kebanyakan negara.

Mereka berkata orang ramai boleh menjalani kehidupan normal tetapi dinasihatkan mereka mengambil langkah perlu, termasuk kembali memakai pelitup muka.

Dr Chan Yoke Fun berkata penting untuk menggalakkan kembali langkah pencegahan sebelum ini, walaupun kehidupan sudah kembali normal.

“Ini termasuk vaksin, memakai pelitup mula, pengudaraan dan penjarakan sosial,” katanya yang juga profesor madya di Jabatan Perubatan Mikrobiologi di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Beliau berkata semua data termasuk penjujukan varian, kemasukan di hospital berpunca daripada varian baharu atau yang lain-lain perlu dikumpul dan diumumkan kepada orang ramai.

“Amaran awam perlu disertakan dengan data. Malaysia perlu kekal bersedia dengan sistem kesihatan yang baik, kesediaan makmal dan kakitangan berkemahiran,” katanya.

Sementara itu, profesor madya virologi di Universiti Putra Malaysia Dr Chee Hui Yee menggesa rakyat Malaysia berhati-hati dalm mengambil tindakan bersesuaian.

“Jika anda berada di tempat ramai orang dan tertutup, anda mungkin perlu memakai pelitup muka,” katanya.

Chee berkata maklumat berkenaan BA.2.86 adalah terhad dan penilaian risiko berkenaan varian itu masih dijalankan.

“Maka, kita boleh hidup seperti biasa tetapi ambil langkah pencegahan jika melakukan perjalanan ke luar negara,” katanya.

Setakat ini, sub varian BA.2.86 dikenali sebagai Pirola, belum dikesan di Malaysia.

Bagaimanapun, ia yang baru dikesan adalah varian Omicron yang sangat mutatif dan mencetuskan kebimbangan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Pada awalnya ia dikesan di Denmark pada Julai, ia turut ditemui di Afrika Selatan, Portugal, Thailand, Sweden, Switzerland dan Kanada.

Ia turut ditemui dalam sampel air sisa buangan di beberapa negara termasuk Britain dan Thailand. – 26 September, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen