Pusat penamaan calon PRK Pelangai dibuka


Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan mengiringi calon BN di PRK Dun Pelangai, Amizar Abu Adam (bersongkok hitam). – Gambar Facebook, 23 September, 2023.

PUSAT penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul dibuka pada 9 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Mohammad Shahid Ismail.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. – Bernama, 23 September, 2023.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen