Waris mangsa pesawat terhempas jalani ujian DNA malam tadi


IPD Klang Selatan menjadi lokasi bagi proses ujian DNA ke atas waris mangsa bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam petang semalam. – Gambar Facebook, 18 Ogos 2023.

SUASANA sayu menyelubungi pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang  Selatan (IPD) lewat malam tadi dengan kehadiran waris mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam. 

IPD Klang Selatan menjadi lokasi bagi proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas waris mangsa bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam tragedi itu. 

Isteri Exco Pahang Johari Harun, Maziah Samsudin, antara yang dilihat tiba bersama ahli keluarga sebelum diiring ke sebuah bilik di Jabatan Siasatan Jenayah IPD itu untuk melakukan prosedur berkaitan. 

Timbalan Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi turut hadir untuk bertemu dengan waris mangsa.

Difahamkan setakat 12 malam tadi, hanya satu lagi waris mangsa yang belum hadir. – Bernama, 18 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen