KERAJAAN pimpinan Anwar Ibrahim bersikap diktator kerana menekan portal MalaysiaNow untuk menurunkan berita mengenai kekecohan di Parlimen tempoh hari, kata pemimpin Bersatu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata tekanan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) ke atas portal itu semakin kerap berlaku.
“SKMM jangan jadi budak suruhan Anwar Ibrahim untuk menyekat kebebasan media. Jika ini berterusan, kebebasan media di Malaysia menuju ke arah kegelapan,” katanya.
Tambahnya, tekanan seperti yang dikenakan ke atas portal tersebut biasa berlaku di negara diktator apabila pemimpinnya gagal mentadbir dan gagal menjaga kebajikan rakyat.
“... “Pemimpinnya” akan menyalahgunakan kuasa untuk menutup mulut para pengkritiknya. Anwar Ibrahim hanya menggunakan skrip yang sama,” katanya lagi.
Beliau merujuk arahan didakwa dikeluarkan ke atas portal itu semalam untuk menurunkan laporan satu laporan mengenai kekecohan sewaktu persidangan Dewan Rakyat.
Ia melibatkan kekecohan pada Selasa yang berlangsung apabila pembangkang mencelah ucapan penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal RMK12 oleh perdana menteri.
Kekecohan itu tercetus apabila Anwar menjelaskan isu Ahmad Zahid yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. – 21 September, 2023.
MENYUSUL
Komen