DUA kumpulan masyarakat sivil antarabangsa menggesa Putrajaya berhenti mengganggu penunjuk perasaan dan perhimpunan aman.
Artikel 19 dan Civicus berkata mereka bimbang dengan percubaan pihak berkuasa baru-baru ini mengenai perkara tersebut.
“Tiada asas untuk polis menahan penunjuk perasaan aman untuk disoal siasat. Ini adalah satu bentuk gangguan yang jelas dan menimbulkan kesan menakutkan bagi mereka yang ingin menganjurkan protes.
“Selain itu, polis mesti berhenti meminta penunjuk perasaan mendapatkan kebenaran untuk melakukan protes, sedangkan yang diperlukan hanyalah pemakluman.
“Taktik menakut-nakutkan seperti itu mempersoalkan kelayakan reformis kerajaan Anwar Ibrahim dan komitmennya menghormati hak untuk berhimpun secara aman,” kata Josef Benedict, penyelidik Civicus Asia Pacific.
Mereka merujuk kepada tindakan polis menghalang sekumpulan petani daripada berhimpun berhampiran Parlimen bagi membantah langkah pengusiran tanah yang menjejaskan kehidupan mereka pada 12 September.
Penunjuk perasaan bagaimanapun meneruskan bantahan mereka dan berjaya bertemu wakil daripada kerajaan serta ahli Parlimen di luar Parlimen.
Susulan itu, polis membuka siasatan berhubung bantahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana “menghalang penjawat awam menjalankan tugas”. – 21 September, 2023.
Berita penuh di sini
Komen