AGENSI Nasional Libya untuk Jambatan dan Jalan Raya pada Isnin berkata, 70% infrastruktur di kawasan terjejas banjir di timur Libya rosak, lapor Xinhua.
Agensi itu berkata 50% jalan raya di kawasan terlibat rosak manakala laluan alternatif dibuka untuk lalu lintas.
Kementerian Pendidikan berkata 114 sekolah rosak di 15 bandar dan pekan yang dilanda banjir di timur Libya.
Pada 10 September, Ribut Daniel mencetuskan banjir terburuk di Libya dalam beberapa dekad, yang setakat ini meragut sekurang-kurangnya 5,500 nyawa manakala 10,000 lagi hilang, menurut statistik rasmi. – Bernama, 20 September, 2023.
Komen