Penduduk Sibu sedia pacu pembaharuan bandar


Desmond Davidson

Penduduk Sibu menantikan penstrukturan semula bandar yang dijangka bermula tahun depan dan berakhir pada 2035. – Gambar The Malaysian Insight, 17 September, 2023.

PENDUDUK di bandar Sibu, Sarawak bersiap sedia untuk kerja pembaharuan bandar setelah Premier Abang Johari Openg berjanji dan sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk memodenkan bandar itu.

“Penstrukturan semula bandar”, seperti yang diterangkan oleh premier, dijangka bermula tahun depan dan berakhir pada 2035.

Penerangan yang digunakan oleh premier itu bagaimanapun membuatkan ramai penduduk Sibu tertanya-tanya apakah maksud beliau sebenarnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan negeri, Michael Tiang, menawarkan diri untuk membantu menjelaskan maksud beliau.

Tiang menegaskan selama bertahun-tahun, percubaan pembaharuan bandar ini, yang sejarahnya bermula sejak penubuhannya pada tahun 1862 oleh Rajah James Brooke terhalang oleh ketidakupayaan perancang bandar dan jurutera untuk menangani keadaan tanah paya di bandar itu.

Menangani masalah itu kini menjadi kunci dalam pemacu baharu, Tiang memberitahu The Malaysian Insight.

“Apabila kita bercakap mengenai penstrukturan semula Sibu, dalam beberapa dekad yang lalu telah menghadapi isu seperti keadaan tanah gambut, kawasan rendah dan masalah banjir kerana kita terletak di kawasan berpaya.

“Jadi, penstrukturan semula Sibu bermakna bandar itu bukan sahaja perlu menaik taraf dirinya menjadi metropolitan moden, tetapi yang paling penting, kita mesti menangani rancangan pembangunan semula, isu-isu mengenai keadaan tanah paya.”

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan negeri Sarawak, Michael Tiang penstrukturan semula bandar itu merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan semula Sibu.   – 17 September, 2023.

Beliau berkata perancang bandar dan jurutera itu perlu merangka “sistem pengurusan air holistik, moden, berkesan dan cekap” daripada apa yang mereka pelajari daripada pengalaman Belanda, Denmark dan Singapura.

Tiang juga berkata negeri akan membawa masuk pakar dari negara-negara ini untuk datang dan menyediakan perundingan dan teknologi.

“Itu mesti ditangani, inilah yang kita maksudkan dengan penstrukturan semula Sibu.”

Tiang juga berkata penstrukturan semula bandar itu juga merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan semula Sibu, lebih dikenali sebagai rancangan pembangunan semula Bukit Assek.

Beliau berkata ia dipanggil pelan pembangunan semula Bukit Assek kerana Bukit Assek adalah pusat bandar Sibu.

Berkeluasan 129.5 km persegi, Sibu terletak kira-kira 60 km dari Laut China Selatan.

Tiang berkata disebabkan kedudukannya yang berpusat di Sarawak dan di sepanjang Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia, menjadikan Sibu sebagai hab perdagangan yang ideal untuk mengangkut barangan antara kawasan pedalaman Sarawak dan pantai.

Pada zaman awal Sibu, komoditi yang diperdagangkan di sepanjang Sungai Rajang ialah getah, kayu balak, dan lada. – 17 September, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen