Timbalan menteri Sarawak mahu MA63 diajar di sekolah


Desmond Davidson

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata kanak-kanak perlu tahu mengenai perjanjian itu. – Gambar Facebook, 13 September, 2023.

SEORANG timbalan menteri Sarawak mahu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimasukkan ke dalam buku teks sejarah sekolah dan akan secara aktif meneruskannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata kanak-kanak Malaysia harus tahu apa maksud perjanjian itu, bagaimana persekutuan Malaysia wujud dan Sarawak, hak istimewa Sabah dalam perjanjian.

“Ini adalah satu sejarah yang tidak boleh kita nafikan pernah berlaku. Ia berlaku dan oleh itu perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan dipelajari,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai sejarah Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata sejarah awal Sarawak dan perkampungan nelayan Melayu bersejarah Santubong, yang pernah menjadi pusat perdagangan penting di Asia Tenggara, hanya dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan pada 1982.

Beliau berkata apa yang terdapat dalam buku teks ketika itu adalah minimum dan “tidak banyak yang dapat dibentangkan sehingga rombakan kurikulum pada 2014 dan 2017” apabila sejarah Sarawak menjadi elemen utama dalam pembangunan kurikulum sejarah sekolah.

Kemudian, Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif dengan menjemput ahli sejarah Sarawak sebagai pakar rujuk dalam bersama-sama menggubal kurikulum sejarah negara bagi memastikan kandungan dalam sukatan pelajaran sejajar dengan konteks sejarah Sarawak.

Hasidah berkata dalam menghadapi era ketidaktentuan, kerumitan dan kekaburan, peristiwa sejarah tidak boleh diabaikan sebaliknya menjadi cerminan kepada rakyat Sarawak untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh generasi terdahulu.

Gesaan itu dibuat berikutan video tular sekumpulan pelajar undang-undang, termasuk seorang dari Sarawak, dalam temu bual mengenai MA63, menunjukkan mereka tidak tahu tentang perjanjian itu. – 13 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen