LIBERAL Sweden menyokong penempatan tetap pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di negara itu selepas menyertai perikatan terbabit, kata pemimpin parti Johan Pehrson pada Ahad, lapor Sputnik.
“Saya fikir ia sepatutnya jelas ini adalah satu cara untuk meningkatkan keselamatan rakyat Sweden dalam keadaan di mana dunia luar boleh menimbulkan ancaman yang sangat serius kepada Sweden.
“Kita kini akan mempunyai tugas yang berbeza, di bahagian kami dalam NATO. Pada pandangan kami, akan bermakna keperluan untuk pangkalan tetap NATO,” kata Pehrson kepada Sveriges Radio.
Ahli politik itu juga menyokong kehadiran berterusan pasukan NATO di negara itu pada masa aman, sambil menyatakan ‘kebebasan mesti dilindungi’.
Sweden bersama Finland menyerahkan permohonan menyertai NATO pada Mei 2022 beberapa bulan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya terhadap Ukraine.
Finland menjadi ahli perikatan pada April 2023.
Permohonan Sweden masih menunggu pengesahan Hungary dan Turkiye. – Bernama, 3 September, 2023.
Komen