PBB kutuk serangan terhadap orang awam di Ukraine


PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan yang disasarkan ke atas orang awam dalam konflik Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berpuluh-puluh orang awam telah terbunuh dalam serangan,” kata Duta Hal Ehwal Politik PBB Rosemary DiCarlo kepada Majlis Keselamatan PBB di New York pada Khamis.

“Dalam beberapa kejadian, serangan berurutan atau dua kali membunuh dan mencederakan bukan sahaja penduduk awam, tetapi pasukan kecemasan yang bergegas untuk membantu,” kata Di Carlo.

“Serangan keji terhadap orang awam dan infrastruktur awam ini adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan. Ia tidak boleh diterima dan mesti dikecam sekeras-kerasnya.”

Serangan “dua kali” ialah taktik perang yang bertujuan untuk membunuh kakitangan pasukan kecemasan dan orang awam yang mendekati selepas pengeboman awal.

Untuk melakukan ini, sasaran yang disasarkan dahulu - misalnya, sebuah bangunan - disasarkan sekali lagi kemudian. – Bernama, 25 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen