PBK sokong cadangan asing kuasa peguam, pendakwa raya


Desmond Davidson

Kata Voon, kuasa untuk menghentikan prosiding jenayah bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa.– Gambar Wikipedia, 22 Ogos, 2023.

PRESIDEN Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan menyokong cadangan pengasingan kuasa peguam negara (AG) dan pendakwa raya.

Voon yang juga seorang peguam kanan di Sarawak berkata menghentikan prosiding jenayah sepatutnya menjadi hak prerogatif badan kehakiman, bukan pendakwa raya.

“Apabila mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan jenayah dan pendakwaan tidak mempunyai merit, mahkamahlah yang memutuskan sebagai fungsi kehakiman di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata kuasa yang diberi kepada AG di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan sebagai pendakwa raya berpotensi menggoyahkan keyakinan orang ramai dan pelabur Malaysia terhadap kebebasan Pejabat Peguam Negara (AGC) dan badan kehakiman daripada eksekutif.

Katanya lagi, kuasa untuk menghentikan prosiding jenayah adalah bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa.

“Apabila sesuatu kes dimulakan di hadapan mahkamah, mahkamah mengambil alih kawalan dan pihak pendakwaan tidak seharusnya dibenarkan menarik balik atau menghentikan kes itu berdasarkan kehendaknya tetapi harus menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada terdapat alasan untuk kes itu ditarik balik atas hujah peguam bela.

“Jika tidak ada kes prima facie, mengapa perlu memulakan prosiding jenayah?

“Untuk meminta prosiding jenayah itu dihentikan dengan cara ini oleh pendakwa raya adalah satu pembaziran dana awam dan mahkamah dilihat sebagai sarkas oleh orang ramai,” katanya.

Voon berkata seperti sekarang, peguam negara sebagai pendakwa raya lebih berkuasa daripada mahkamah.

“Kuasa budi bicara yang baru-baru ini menyaksikan banyak kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik yang berkuasa dan beberapa tokoh bebas,” katanya.

Selepas beliau berpandangan kuasa untuk menghentikan sesuatu kes harus diserahkan kepada badan kehakiman, beliau juga berpendapat kuasa untuk memulakan prosiding jenayah harus terletak pada agensi penyiasat dan bukannya pada peguam negara.

Beliau mencadangkan penubuhan jawatan pengarah pendakwaan awam.

Tugas pengarah pendakwaan awam ini selain menasihati agensi penyiasat undang-undang, bukti yang dikumpul juga perlu melibatkan pihak berkuasa untuk mendakwa kes itu sebaik sahaja kes itu dimulakan di hadapan mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said Sabtu lalu berkata kerajaan akan menjalankan kajian menyeluruh sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa.

Katanya, kajian itu akan mengambil masa setahun.

Tambahnya, kira-kira 19 undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mewujudkan pengasingan kuasa itu. – 22 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen