Lagi dron Ukraine dimusnahkan tentera Rusia di Wilayah Moscow


Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoyt (dua kanan) dan wakil perkhidmatan operasi memeriksa kerosakan pada stesen kereta api Kursk akibat selepas sebuah dron terhempas di Kursk, Rusia. – Gambar EPA, 21 Ogos, 2023.

PASUKAN pertahanan udara Rusia hari ini memusnahkan satu lagi dron jenis pesawat dari Ukraine di Daerah Istrinsky di Wilayah Moscow, lapor Sputnik, memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Terdahulu pada hari sama kementerian tersebut menyatakan sistem pertahanan udara Rusia juga mematahkan serangan sebuah dron Ukraine melalui penggunaan sistem peperangan elektronik (EW).

Dron tersebut terhempas di Wilayah Moscow.

“Pada 21 Ogos 8:16 pagi waktu tempatan (05:16 GMT), percubaan Kyiv untuk melancaran serangan menggunakan sebuah kenderaan udara tanpa pemandu jenis pesawat digagalkan.

“Dron Ukraine tersebut dikesan tepat pada waktunya dan dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara di Daerah Istra di Wilayah Moscow,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan. – Bernama, 21 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen