Rusia kecam serangan dron Ukraine ke atas Moscow


Kementerian Pertahanan Rusia berkata dron Ukraine menyasarkan objek di wilayah Moscow dan wilayah New Moscow. – Gambar EPA, 5 Julai, 2023.

LIMA dron Ukraine ditembak jatuh di wilayah New Moscow di Rusia pada pagi Selasa tanpa kemalangan jiwa dilaporkan, menyebabkan gangguan di lapangan terbang Vnukovo selama hampir tiga jam, lapor Xinhua.

Menurut RIA Novosti, Kementerian Pertahanan Rusia berkata dron itu menyasarkan objek di wilayah Moscow dan wilayah New Moscow, empat daripadanya dimusnahkan oleh pertahanan udara dan satu dimusnahkan secara elektronik.

Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin berkata serangan itu merupakan satu lagi percubaan Kyiv untuk menggugat kestabilan Rusia dan menjejaskan kedaulatan dan keselamatannya.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan keganasan. – Bernama, 5 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen