Trafik di selatan Moscow masih terjejas lepas pengunduran Wagner


Tentera upahan Wagner meninggalkan selatan Moscow untuk pulang ke pangkalan mereka di Rostov-on-Don, petang semalam. – Gambar AFP, 25 Jun, 2023.

SEBAHAGIAN lebuh raya di selatan ibu negara masih terjejas pada Ahad, sehari selepas tamatnya kemaraan tentera upahan Rusia Wagner dari Rostov-on-Don, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penghadang menjejaskan persekitaran Moscow dan wilayah Tula di selatan ibu negara, menurut pihak berkuasa penyelia jalan Avtodor menerusi hantaran di Telegram.

Di kawasan lain, sekatan sudah ditarik balik dan lalu lintas bergerak lancar.

Ketika pertelingkahan antara ketua Wagner Yevgeny Prigozhin dan kepimpinan Rusia berlangsung, beberapa kenderaan perisai tentera upahan dipandu menuju ke Moscow pada Sabtu.

Bagi memperlahankan kemaraan mereka, pihak berkuasa wilayah tergesa-gesa membuat sekatan jalan raya dan turut merosakkan jalan di beberapa lokasi. – Bernama, 25 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen