Serangan dron kamikaze di Rostov dipatahkan


Sistem peperangan elektronik Russia berjaya menggagalkan serangan dron kamikaze di wilayah Rostov pada awal pagi Ahad. – Gambar fail AFP, 20 Ogos, 2023.

SISTEM peperangan elektronik (EW) Russia berjaya menggagalkan serangan dron kamikaze di wilayah Rostov pada awal pagi Ahad, mengelak kemalangan jiwa dan kerosakan, lapor agensi berita Sputnik memetik gabenor wilayah itu, Vasily Golubev.

“Pada awal pagi ini, cubaan melancarkan serangan menggunakan dron kamikaze dibuat di wilayah kami. Sistem EW berjaya menyasarkan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu).

“Pertahanan udara tidak digunakan kerana saiz sasaran yang kecil. Dua dron jatuh di kawasan unit ketenteraan di Kamensk, satu lagi sejauh 1 kilometer dari utara Novoshakhtinsk.

“Tiada kematian atau kerosakan berlaku akibat serangan dron itu,” kata Golubev di Telegram. – Bernama, 20 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen