UKRAINE menafikan bertanggungjawab atas serangan dron terhadap kapal perang Rusia di Pelabuhan Crimea, lapor AFP.
Jurucakap pentadbiran tentera Odessa, Sergiy Bratchuk berkata dakwaan kononnya Ukraine terlibat di sebalik serangan yang mencederakan enam tentera Rusia itu hanyalah cubaan provokasi semata-mata.
“Pembebasan Crimea kami daripada penjajah akan dilakukan dengan cara lain yang lebih berkesan,” tulisnya di Telegram.
Sebelum ini dilaporkan lima cedera dalam serangan di pelabuhan Crimea itu pada pagi Ahad ketika Rusia bersiap sedia untuk menyambut Hari Armada Rusia yang dijangka bakal dihadiri Presiden Vladimir Putin.
Namun Rusia memutuskan untuk membatalkan sambutan itu atas faktor keselamatan. – AFP, 31 Julai, 2022.
Komen