Perikatan beri tamparan hebat kepada Pakatan-BN di Selangor, kata Muhyiddin


Noel Achariam

Pengerusi Perikatan Nasional berkata gabungan itu berjaya gagalkan usaha PH-BN untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos 2023.

PERIKATAN Nasional memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) di Selangor dengan kejayaan memenangi 22 daripada 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Katanya kejayaan ini bermakna PN berjaya menggagalkan usaha mendapatkan majoriti dua pertiga kerajaan PH-BN di Selangor yang sebelum ini dianggap kubu kuat mereka.

“Saya percaya jika peratusan keluar mengundi jauh lebih tinggi, PN pasti berjaya merampas negeri Selangor.

“Pada masa yang sama, PN juga membuat kemajuan besar di Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya lima kerusi yang disandang PN sebelum ini.

“Kesemua 22 kerusi ini adalah kerusi majoriti Melayu yang membuktikan PN mendapat sokongan hebat pengundi Melayu di Selangor,” katanya di Hotel Concorde di Shah Alam malam ini. – 12 Ogos 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen