Polis siasat kumpulan alam sekitar hantar e-mel spam ke CEO syarikat pembalakan


Desmond Davidson

Pengasas Save Rivers Peter Kallang (dua dari kiri) berkata beliau disoal siasat selama dua jam di ibu pejabat polis Miri hari ini. – Gambar Save Rivers, 12 Ogos, 2023.

POLIS menyoal siasat dan mengambil keterangan daripada empat pengarah kumpulan pemuliharaan, Save Rivers semalam susulan satu laporan dibuat oleh ketua pegawai eksekutif syarikat pembalakan Samling, Chua Kee Long.

Chua mendakwa aktivis alam sekitar itu mengadakan petisyen dan e-mel dihantar ke akaun emelnya dengan terlampau banyak.

Pengasas dan pengerusi Save Rivers Peter Kallang dan pengarah Mark Bujang, Thomas Jalong dan Caroline Nyurang hadir di ibu pejabat polis Miri kira-kira 10 pagi dan dilihat keluar jam 1.30 petang.

“Saya ditemu bual selama dua jam,” kata Kallang.

Pemimpin Save Rivers itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyalahgunakan internet dengan menyebarkan kandungan yang bersifat jelik.

Dalam laporan polis, Chua mendakwa Save Rivers menghantar e-mel spam ke alamat e-mel rasminya dengan 5,700 e-mel.

Emel berkenaan dilaporkan daripada aktivis alam sekitar dan kumpulan pemuliharaan dari seluruh dunia mendesak Samling menggugurkan tuntutan saman difailkan terhadap Save Rivers dan lembaga pengarahnya pada 2021.

Chua mendakwa Save Rivers mengganggu prosiding di Mahkamah Tinggi Miri pada 15 Mei. Katanya, kehadiran terlalu ramai orang di kompleks mahkamah menyebabkan penangguhan kali keempat bagi prosiding itu. – 12 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen