Lebih 50% keluar mengundi awal setakat 11 pagi


Anggota tentera menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di kem tentera Sungai Buloh, Selangor pada pengundian awal yang berlangsung hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 Ogos, 2023.

PERATUSAN keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 50% setakat 11 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan masih merekodkan peratusan tertinggi iaitu 63%, diikuti Kedah dengan 61% dan Negeri Sembilan, 60%.

Terengganu dan Pulau Pinang, masing-masing merekodkan 59%; Selangor dengan 55% manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 53%.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – Bernama, 8 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen