Lebih 15% keluar mengundi awal setakat 9 pagi 


Seorang anggota polis membuang undi di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Ogos, 2023.

PERATUSAN keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 15% setakat 9 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 23%, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 22% manakala Terengganu, 20%.

Negeri Sembilan pula merekodkan 19%; Selangor 17% manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 16%.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – Bernama, 8 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen