Kematian cecah 300, kes demam denggi cetus kecemasan kesihatan di Bangladesh


Jumlah kemasukan ke hospital akibat demam denggi di Bangladesh mencecah 63,968 dengan 2,495 kes baharu. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2023.

DEMAM denggi mencetuskan kecemasan kesihatan awam di Bangladesh dengan 10 kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 303, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Menurut DGHS sebanyak 281 kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun lepas, jumlah tertinggi pernah direkodkan di mana-mana negara, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah kemasukan ke hospital mencecah 63,968 dengan 2,495 kes baharu.

Kebanyakan kematian direkodkan di ibu negara, Dhaka iaitu sebanyak 241 kematian.

Mushtaq Hussain, pakar virologi dan penasihat Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit dan Penyelidikan (IEDCR) yang dikendalikan kerajaan, memberitahu situasi terkini menjadi kecemasan kesihatan awam.

Beliau mencadangkan kerajaan mendedikasikan institusi berasingan seperti IEDCR atau memperkenalkan institusi baharu untuk menangani situasi secara terkoordinasi dan bersepadu. – Bernama, 6 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen