Kematian akibat denggi di Bangladesh meningkat kepada 155


Dalam tempoh 20 hari pertama pada Julai sebanyak 19,569 lagi kes denggi direkodkan di Bangladesh selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas. – Gambar AFP, 21 Julai, 2023.

KERAJAAN Bangladesh mengesahkan sembilan lagi kematian akibat demam denggi menjadikan jumlah korban di negara itu sejak Januari kepada 155 orang, lapor Xinhua memetik Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DFHS) pada Khamis .

Kematian termasuk 108 kes pada Julai dan 34 lagi pada Jun.

Dalam tempoh 20 hari pertama pada Julai, menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, 19,569 lagi kes denggi direkodkan selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas.

Sejumlah 1,755 kes denggi baharu termasuk 845 di Dhaka dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi (waktu tempatan) Khamis, menurut data DGHS.

Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari mencecah 27,547 kes.

Untuk mengatasi situasi genting itu, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh memperkukuh langkah untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan operasi antilarva. – Bernama, 21 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen