Raja Maghribi ampun 2,052 banduan


Raja Maghribi Raja Mohammed VI memberi pengampunan itu sempena memperingati hari baginda menaiki takhta yang disambut setiap tahun pada 30 Julai. – Gambar EPA, 30 Julai 2023.

RAJA Maghribi Raja Mohammed VI berkenan memberikan pengampunan kepada 2,052 banduan sempena memperingati hari baginda menaiki takhta, lapor Agensi Berita MAP pada Sabtu.

Banduan itu sebahagiannya berada di penjara dan ada yang diikat jamin.

Throne Day (hari menaiki takhta) disambut setiap tahun pada 30 Julai dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-24, lapor Xinhua.

Sejumlah 133 banduan dibebaskan, manakala selebihnya dikurangkan denda atau tempoh penjara. – Bernama, 30 Julai 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen